Friday, 19 October 2012
ape erti suami bagi perempuan macam aku
tak ikut turutan :
- penyayang. sentiasa ada rasa cinta bila pandang aku. enuf said
- terima baik buruk aku ni.
- menyenangkan aku. semua segi.
- anak yg baik for his parents. it shows u are also a great dad in the making
- tak berkira. tak kisah ni dari segi apa...duit, masa, tggungjawab, siapa nak kena drive, masak dll~
- tak buang sampah merata-rata. i mean here pembersih. tapi jgn nak 'pembersih' sangat la. kang aku menyampah. seadanya lah kira.
- perlu out-station. untuk beli aku hadiah. wakakakaka
- give and take.
- boleh imamkan aku. dan anak-anak.
- pandai mengaji. ok, ini bonus :)
- jangan desak sangat. aku benci. kena paham aku ni bongsu. enuf said.
- kalu nasihat, cara baik. plss, xnak dengar nada sindir-sindir or wateva. kang aku bagi jelingan maut kang payah plak!
- boleh terima bila datang mengada-ngada aku nak balik-jumpa-mama-famili-bagai or rindu-nak-tidor-bilik-bujang aku. hukhukhuk
- boleh dengan senang dan rela hati pegi kedai beli barang kalau aku terlupa last minit
- tak suka garang-garang.
- jangan manjakan aku sangat. aku tak suka. at least aku tahu kau sayang aku. cukupla tu. yer aku memang pelik. hahaha
- rajin bekerja. eh, tapi jangan nak rajinnnnn sangatttt la.
- jangan nak ' seth tan' sangat. aku rimas.lalalala
- gentle to your daughters, friendly to your sons. enuf said *wah letak S tu (plural)..hahahaa
- pandai masak. tapi jangannn sangattt la. kang aku stressss..hahahha
- masih boleh bagi kiss good morning or good night even sebelum tu gadoh bagai nak rak :)
- terima aku. terima famili aku. enuf said
- tolong jadi penceria suasana coz i am not
- kelakar
- kalau aku marah, tolong diam. lepas tu baru cakap. because sometimes i do need explanation. aku kalau marah memang tak bercakap. silent sepanjang masa.
- kalau marah aku pulak, jangan cakap banyak-banyak. aku cepat pickup. aku tahu kalau tu dah memang salah aku, bagi aku masa lepas tu comfirm ok. :)
- kalau ada masalah, sila bagitahu yer. paling aku senang nak dengar and digease semua ni ialah sebelum tidor yer.
- tahan kena cubit tampar dan sebagainya.
- kurus. tinggi.
- pencinta alam sekitar. kalau anda cameraman. oh itu bonus.
- boleh telan apa aku masak.
- tak cerewet.
- pencinta suasana damai macam aku. kalau aku ajak lepak some place tanpa buat apa-apa, dia pon suka macam itu.
- boleh makan benda pelik-pelik. means here, not really a nasi person.
- cekap memandu. ada motor itu bonus.
- argue with me in some issues. bergaduh mulut itu perlu. tapi bukanlah 'bergaduh', just suarakan pendapat or defense in giving ur opinion. dari situ boleh tahu taste or pape lebih lagi pasal dia.
- ada bila aku perlu. plus, sampai hujung nyawa.
- bukan jenis ringan tangan kaki.
- lebihkan anak-anak. aku takpe.
- jangan nak wat hal belakang aku. hormat pada pasangan is important.
- jangan makan atas tilam. aku gatal.
- sila pandang mata aku selalu. ini penting.
- tahan makan pedas. yer, kalau aku masak amatlah pedas. sila bersedia apa-apa yang patut.
- last but not least, aku nak :: my husband= my bff::
banyak lagi kalau nak diikutkan. wahhhh...entry serius nih. actually banyak lagi aku list kan dalam diari. ni pon isi-isi dalam diary tahun lepas. hukhukhuk
tapi dah lumrah sifat manusia itu tak sempurna. kita sendiri tak sempurna. kalau allah dah tetapkan jodoh dengan si dia. siapa pun dia, kena terima seadanya. apa yang tak elok, perlu ubah selaras dengan kehidupan agar dia selesa dengan kita. harap segalanya dipermudahkan dan perhubungan itu akan sentiasa diberkati Mu dan berada di landasan yang betul. aminnnnn....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment