Friday, 9 December 2011

rindu

bila dekat-dekat nak exam ni, macam-macam tekanan aku rasa
aku tahu aku kena berusaha
aku tahu aku kena lebihhh berusaha dari mereka
aku tahu aku tak pernah ada basic subject-subject sekarang sebagaimana mereka
aku tahu budak ex engineering macam aku memang lembab bab-bab kenegaraan dan politik
kalau di kaji dan macam apa yang lec cakap pagi tadi, golongan PTD beruntung untuk amek exam kerajaan kerana mereka ada basic 
berlainan dengan golongan engineering dan doktor yang tak pernah ada pendedahan dan diajar masa mereka study dulu
banyak untungnya kos aku sekarang
tapi sekarang aku rasa tak mampu
bila masuk kelas politik dengan kenegaraan, aku rasa down, aku banyak diam..lebih banyak memikir 
bila rasa down dan rendah diri, aku cuba cakap kat diri sendiri yang semua ni just nak ajar aku erti kekuatan untuk bersabar dan bertahan dalam hidup
aku cuba untuk positif
tapi aku insan biasa, kadang-kadang goyah
takkan selamanya terus positif
macam sekarang
aku goyah
aku cuba cari masa untuk revision sendiri
tapi kadang-kadang rasa lagi tekanan
sebab politik ni berubah-ubah
banyak pendapat dan konsep yang tak dominan
banyak idea 
makin dibaca, makin banyak info yang perlu tahu

tak khusus..aku jadi keliru
betul ke tindakan aku amek kos ni kalau fikir balik
tak apalah, maybe baru semester satu, dalam proses nak memaham

aku cuba untuk letakkan metaliti macam kawan-kawan lain
aku tak malu nak tanya, aku tak malu mengaku aku lambat untuk faham konsep-konsep
sebab nama pun proses belajar
aku tak kisah orang pandang rendah kat aku asalkan aku tak tercicir
aku cuba kuatkan semangat, tapi bila sorang-sorang terfikir balik
betul ke pilihan yang ak buat ni
Allah lebih tahu segalanya untuk kita kan..aku cuba redha and terus berusaha
cuma ada masa-masa aku tak dapat nak terus positif
macam sekarang
bila sedih macam ni, aku selalu teringat kat abah..tak taw la kenapa
dulu aku lebih rapat dengan abah, anak bongsu
mentaliti dan perangai aku sama dengan abah
bila dye dah tak ada
semua da berubah..semua dah tak macam dulu










-family potret-



-gambar last dengan abah, 1 hari sebelum abah pegi-












dye abah yg perfect!
aku nak lelaki macam tu untuk jadi teman aku nanti..ni doa aku dari dulu lagi
aku harap aku jumpa. tu doa aku.  peace~






Ya Allah berilah aku kekuatan untuk teruskan apa yang telah aku mulakan
kau saja yang tahu apa yang terbaik untuk hambaMu ini...aminnn












4 ulasan:

syazana wahida said...

banyak2 berdoa utk arwah..

nur diana rozali said...

insyallah..seumur hdup aku, doa aku untuk dye

Iltizam Jamhor said...

just be strong dude..
ape yg kau rasa tu semua biasa..
even aku pon penah rasa cam tu..
but the end i made it..
insyaAllah grad tahun depan..
so doa byk2 moga semua nya dipermudahkan..
peace yaww! :)

Ninie said...

U're a tough daughter! Stay strong, ok!

Sudi2 jenguk Ninie juga ya...
http://thebeautyofsplendid.blogspot.com

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com - Photoshop Brushes Obsidian Dawn